Tuesday, April 20, 2010

Masa Cepat Berlalu


Assalamualaikum w.b.t


Lama tak jumpa yekk ? Sejak tahun 2010, ni kali pertama aku menulis blog yang tak berusik ni.

Pertamanya aku dah dapat seorang lagi cahaya mata, baby boy pada 22 Dec 2009 yang lepas.

Happy...tapi penat ler skit sebab dah bertahun2 tak jaga budak kecik ni.

Yang kedua dalam tahun 2010, semangat kerja aku nampaknya semakin hari semakin susut.

Nasib baik ler baru2 ni ada promotion tapi yang geramnya, orang lain yang tak promote, gaji naik lagi banyak daripada aku yang sikit2 boss kata " You as a ********, mesti kerja lebih.

Entah ler......sekarang ni dah masuk bulan April....pejam celik, pejam celik tau2 nak puasa....pastu dah habih tahun 2010. Cepat betul masa berlaku, namun aku ??

Tuesday, November 17, 2009

Rancangan TV



Lama x jumpa..sibuk sikit. Hari2 kerja, nak buat camna, kerja tu kan satu ibadah. Semalam aku tengok channel 555 astro jam 10 malam, ada kisah pasal mantan Perdana Menteri kita yang ke 4, sapa lagi kalau bukan Tun Mahathir Mohamad. Kisah zaman dia sejak kanak2, belajar di sekolah Inggeris, zaman dia bercinta dengan Dr. Hasmah Ali, bukak Maha klinik kat Alor Setar, camna dia boleh terlibat dengan UMNO sehingga dia disingkirkan disebabkan tulisan surat yang begitu berterus terang pada PM masa Tuanku Abd Rahman dan banyak lagi kisah yang menarik. Dokumentari ni ada dua bahagian, yang pertama minggu lepas dan ahad ni ada part 2 plak. Tak sabor nak tunggu sebab aku memang minat cara dia mentadbir negara kita. Aku strongly recomend kepada rakyat Malaysia yang lain, tengok sendiri...tak rugi.




Satu lagi aku suka tengok cite ' The Mentalist ' di NTV7 jam 8:30 malam hari Sabtu dan jam 10:00 malam di Channel 5 ( Spore ) selain CSI New York dan CSI Miami. Cite dia agak slow tapi aku mesti nak tunggu sampai habis. Menarik....

Monday, October 26, 2009

Boring Bon Odori


Hari ni hari isnin. Cepat betul masa berlalu. Seminggu rasa macam sehari dua jer. Minggu ni pasti sibuk dengan kerja2 payroll. Maklumlah gaji 01hb, pengiraan overtime dan cuti kena la kira betul2, kalau terlebih ( so far tak pernah la ) budak2 ni senyap jer, tapi kalau terkurang ( itu pun salah diorang sendiri jugak ) riuh macam ribut Katrina. Tapi itu adat manusia, kadang2 kita pun terlepas pandang, kadang2 diaorang tersalah claim. Macam2 ragam ada kat sini.

Sabtu lepas aku pergi Bon Odori, macam biasa..boring. tak macam dulu2, masa aku jadi commiteenya. Gerai jualan dah tak best, kupon pun kurang, feel sama jugak, parking susah dan entah apa2 lagi. Tapi sebab nak tunjuk support kat syarikat, aku pun heret le jugak anak bini pergi sekali. Last2 dah boring sangat, start kereta gi lepak kat Jusco Tebrau...lagi best.

Apa yang penting, anak bini aku happy. Itu dah lebih cukup untuk aku.

Tuesday, October 20, 2009

Semangat Kerja

Entah kenapa..lepas 3 hari cuti sempena Deepavali, rasa malas sangat nak kerja. Nak kata Monday mood, today is Tuesday. Tapi itulah hakikatnya, mungkin suasana tempat kerja kot.
Maklum ler, kat opis ni ada banyak bakal2 ahli politik yang ada bakat. Politik sana..politik sini, rupa2nya dah dekat nak hujung tahun. Masing2 nak tunjuk kemampuan masing2 dan kelemahan orang lain. Pucuk pangkal hati, kerja mesti ikhlas. Tapi aku buang je jauh2 rasa tak seronok tu, nak buat macam mana..dah ini tempat cari rezeki. Aku sentiasa berdoa kepada Yang Maha Esa semoga tabahkan hati aku dan diberi kelapangan fikiran serta kemudahan untuk bekerja disini. Amin

Thursday, October 15, 2009

Blogger baru belajar


Hari ini kira macam dalam sejarah ler.. First time nak start buat blog sendiri. Itu pun lepas tengok bro sebelah aku ni asyik sangat dengan blog dia yang ada macam2 jenis dan stail. Nak kata tak pandai pasal IT, tak kot..sebab rasanya kerja seharian aku pun asyik guna 'benda' ni je. maksud aku komputer. Mungkin belum ada minat lagi kot masa tu. So.. kira hari ni boleh kata minat tu dah datang kot. Kita tengok jer sampai mana rajinnnya aku nak update 'benda' ni. Jangan hangat2 taik ayam sudah...mula2 rajin, lama2 seminggu sekali pun entah.

So, sama2 kita tungguuu..