Hari ni hari isnin. Cepat betul masa berlalu. Seminggu rasa macam sehari dua jer. Minggu ni pasti sibuk dengan kerja2 payroll. Maklumlah gaji 01hb, pengiraan overtime dan cuti kena la kira betul2, kalau terlebih ( so far tak pernah la ) budak2 ni senyap jer, tapi kalau terkurang ( itu pun salah diorang sendiri jugak ) riuh macam ribut Katrina. Tapi itu adat manusia, kadang2 kita pun terlepas pandang, kadang2 diaorang tersalah claim. Macam2 ragam ada kat sini.
Sabtu lepas aku pergi Bon Odori, macam biasa..boring. tak macam dulu2, masa aku jadi commiteenya. Gerai jualan dah tak best, kupon pun kurang, feel sama jugak, parking susah dan entah apa2 lagi. Tapi sebab nak tunjuk support kat syarikat, aku pun heret le jugak anak bini pergi sekali. Last2 dah boring sangat, start kereta gi lepak kat Jusco Tebrau...lagi best.
Apa yang penting, anak bini aku happy. Itu dah lebih cukup untuk aku.
No comments:
Post a Comment